IDDAH PENANTIAN BAGI WANITA



UNIT 3 : IDDAH PENANTIAN BAGI WANITA

Pengertian Iddah
1 Bahasa : Tempoh pengiraan.
2 Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan
suami.


Jenis Dan Tempoh Idah
1 Terbahagi kepada dua jenis, iaitu idah kematian suami dan idah perceraian.
2 Berikut adalah perincian bagi kedua-dua jenis idah:

Iddah Sebab Cerai Hidup
Iddah Sebab Kematian Suami
Status Isteri
Tempoh Iddah
Status Isteri
Tempoh Iddah
Hamil
Hingga melahirkan anak
Hamil
Hingga melahirkan anak
Tidak hamil
3 kali suci
Tidak hamil
4 bulan 10 hari
Putus Haidh
3 Bulan
Putus Haidh
4 bulan 10 hari
Belum Disetubuhi
Tiada Iddah
Belum Disetubuhi
4 bulan 10 hari

Sebab Perbezaan Tempoh Jenis-Jenis Idah

1 Tempoh jenis-jenis idah dibezakan kerana sebab-sebab berikut:
(a) Idah bagi perempuan bercerai hidup.
- Tempoh idah selama tiga kali suci dapat membersihkan rahim perempuan daripada
benih hasil hubungan dengan bekas suaminya.
- Bagi perempuan yang hamil, tempoh hingga melahirkan anak adalah cukup untuk
menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.
(b) Idah bagi perempuan bercerai mati.
- Tempoh idah selama empat bulan sepuluh hari sebagai tanda perkabungan dan
kesedihan.
(c) Idah bagi perempuan yang belum disetubuhi.
- Rahimnya bersih daripada benih suaminya.

Hikmah Idah
1 Hikmah disyariatkan idah ialah:
(a) Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada berlaku
percampuran keturunan apabila isteri berkahwin dengan lelaki lain.
(b) Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya,
mudah-mudahan dia merujuk kembali isterinya.
(c) Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi
agama dan masyarakat.
(d) Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya
terutama isteri. Tempoh idah dapat menenangkan fikiran isteri sebelum memulakan hidup
baru.

Hak Dan Status Isteri Semasa Dan Selepas Idah

1 Hak semasa idah:
(a) Isteri yang diceraikan dengan talak satu atau dua masih di bawah tanggungjawab suami. Dia
berhak mendapat nafkah zahir, pakaian, tempat tinggal dan harta perwarisan. Semasa
tempoh idah, isteri dilarang keluar dari rumah yang disediakan oleh suami tanpa
keizinannya.
(b) Isteri yang dalam tempoh idah talak bain tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat
tinggal dan tidak mendapat hak perwarisan menurut jumhur ulama.

(c) Isteri yang kematian suami berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya oleh waris
terdekat dengan si mati, iaitu suaminya.

2 Hak selepas idah:
(a) Isteri yang tamat tempoh idahnya tidak lagi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya
dan bebas menentukan kehidupannya sendiri. Mereka berhak berkahwin semula dan boleh
dipinang oleh lelaki-lelaki yang ingin memperisterikannya.



Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Idah
1 Perkara-perkara yang dilarang semasa idah adalah seperti berikut:

Perkara-perkara yang
dilarang

Semasa tempoh idah talak
Semasa tempoh idah kematian
Peminangan
Haram peminangan oleh lelaki lain
secara terang dan sindiran.
Haram peminangan oleh lelaki lain
secara terang. Harus secara sindiran.
Keluar dari rumah yang
disediakan oleh suami
Tidak boleh keluar dari rumah
tanpa izin suami kecuali keperluan
yang dibenarkan oleh syarak.
Tidak boleh keluar rumah kecuali
kerana keperluan yang dibenarkan
oleh syarak.
Menghias diri
Perempuan dalam tempoh idah raji
diharuskan berhias. Perempuan
dalam tempoh idah bain
disunatkan tidak berhias.
Haram berhias.
Perkahwinan
Haram berkahwin dengan lelaki

bukan suaminya.
Haram berkahwin.

Pos Berkaitan: