FASAKH

hover_share


UNIT 4 : FASAKH MEMBENDUNG KEMUDARATAN DALAM RUMAHTANGGA


Pengertian Fasakh
1 Bahasa : Batal.
2 Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad
nikah atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumahtangga.
3 Harus bagi isteri menuntut fasakh untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua belah pihak.


Sebab Fasakh
1 Antara sebab yang membolehkan fasakh ialah:
(a) Suami tidak memberi nafkah.
- Isteri berhak menuntut fasakh jika suami tidak mampu memberi nafkah zahir atau batin
kepadanya.
(b) Suami berpenyakit.
- Untuk mengelakkan kemudaratan yang bakal dihadapi, isteri boleh menuntut fasakh
sekiranya suami menghidap penyakit yang sukar diubati seperti mati pucuk, sopak, kusta
dan aids.
(c) Suami melakukan kezaliman terhadap isteri.
- Isteri berhak menuntut fasakh sekiranya suami berlaku zalim ke atas isteri seperti
memukul dan mengancam keselamatannya.
(d) Suami hilang.
- Fasakh boleh dituntut oleh isteri apabila suami hilang setelah enam bulan tempoh

berlalu menurut pendapat mazhab Hanbali berdasarkan amalan Saidina Umar al-
Khattab. Mazhab Maliki pula berpendapat tempohnya adalah setahun manakala mazhab

Syafie berpendapat tempohnya empat tahun. Ini kerana kemudaratan yang disebabkan
kehilangan suami adalah sama dengan kemudaratan yang disebabkan suami tidak
memberi nafkah zahir dan batin.
(e) Murtad.
- Apabila suami atau isteri murtad, perkahwinan akan terbubar kerana Islam merupakan
salah satu syarat sah perkahwinan.

Proses Menuntut Fasakh
1 Apabila isteri menuntut fasakh, pihak mahkamah akan menyiasat alasan dan bukti yang
dikemukakan isteri.
2 Jika sabit kesalahan dan tiada jalan untuk perdamaian, mahkamah akan membubarkan
perkahwinan mereka.

Kesan Fasakh
1 Kesan perpisahan secara fasakh ialah:
(a) Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh idah.
(b) Mereka boleh berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baharu.

Hikmah Diharuskan Fasakh
1 Antara hikmah diharuskan fasakh ialah:
(a) Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan perkahwinan.
(b) Mengelakkan daripada kemudaratan yang akan ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan
perkahwinan diteruskan.
(c) Peringatan kepada suami agar bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dan
keluarga.
(d) Menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi
anak-anak.
(e) Menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak ekoran daripada suami yang murtad.

Pos Berkaitan: