Bab 2: NABI MUHAMMAD UTUSAN ALLAH



SURAH AT-TAUBAH :AYAT 128 -129
Maksud Ayat: 

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri , yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusuahan yang ditanggung oleh kamu , yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu , dia pula melimpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman. Kemudia jika mereka ingkar maka katakanlah wahai Muhammad , cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliharaku , tiada tuhan yang berhak disembah melainkannya. Kepadanya aku berserah diri dan dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.  ~ surah at-Taubah.




Intisari Ayat:

1. Allah mengutuskan Rasul dari kalangan manusia.

2. Rasulullah sangat mengambil berat terhadap umatnya dan berharap mereka memperolehi hidayah.

3. Baginda sangat sayangkan orang-orang yang beriman.
4. Baginda meminta pertolongan daripada Allah jika manusia menentang dakwahnya


HIKMAH RASULULLAH DIPILIH DARI KALANGAN MANUSIA

1. Membuktikan bahawa syariat Islam mampu dilaksanakan oleh manusia

2. Memudahkan manusia menerima ajaran Islam

3. Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah spt ibadat , akhlak dan lain-lain

4. Memudahkan  manusia berkomunikasi dengan Rasulullah



KASIH SAYANG RASULULLAH KEPADA UMATNYA


1. Allah menyatakan bahawa Nabi Muhammad sangat sayangkan umatnya.


2.Terdapat banyak kisah yang menunjukkan Baginda sayang dan kasih bukan sahaja kepada orang Islam tetapi juga bukan Islam.

3. Ketika Baginda berdakwah ke Thaif , baginda telah dihina dan dibaling dengan batu oleh masyarakat Thaif sehingga luka.

4. Malaikat Jibril lantas menawarkan untuk menghempap mereka dengan Bukit Thaif.

5. Namun baginda menolak bahkan berdoa agar Allah memberi hidayah kepada mereka.

6. Umat Islam wajib mengasihi Rasulullah dengan cara sentiasa berselawat dan mengamalkan sunnah Baginda.



TAWAKKAL

1. Berusaha , disertai dengan doa dan hasilnya serahkan kepada Allah Tawakal ialah berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.

2. Allah perintahkan manusia berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

3. Sikap berserah kepada Allah tanpa usaha bukan dari ajaran Islam.
Berusaha , disertai dengan doa dan hasilnya serahkan kepada Allah



KEPENTINGAN TAWAKAL DALAM DAKWAH

1. Sifat tawakal sangat penting bagi seorang pendakwah supaya tidak mudah berputus asa dalam usaha dakwah mereka.

2. Mereka tetap yakin dengan pertolongan Allah sama ada cepat atau lambat.
Pendakwah yang ikhlas sentiasa mendoakan agar orang yang didakwah akan diberi hidayah oleh Allah.

3. Umat Islam yang mengamalkan konsep tawakal yang sebenar akan memperolehi kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.




PENGAJARAN AYAT


1. Allah mengutuskan Rasulullah di kalangan manusia untuk membuktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan oleh seluruh manusia.

2. Kita hendaklah mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan.

3. Bertawakal kepada Allah adalah asas kejayaan dalam setiap usaha.

4. Kita wajib menunjukkan kasih sayang kepada Nabi dengan selalu berselawat ke atas baginda.

Pos Berkaitan: