BAB 31 – HAMKA PERMATA NUSANTARA

Gambar ihsan Google  ~HAMKA~


Biodata HAMKA

1 Nama sebenar HAMKA ialah Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amrullah.

Lahir pada 13 Muharram 1362 H / 16 Februari 1908 M di desa Tanah Sirah Sungai Batang, Maninjau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya Syeikh Abdul Karim ialah seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau.


2HAMKA pernah memegang beberapa jawatan, iaitu:

(a) Guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.
(b) Pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiah Padang Panjang.
(c) Rektor Perguruan Tinggi Jakarta.
(d) Pegawai tinggi agama Indonesia.
(e) Ketua umum Majlis Ulama Indonesia.

3 Banyak menerima anugerah dari pelbagai pihak, antaranya:

(a) Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1959 M.
(b) Anugerah Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo, Jakarta pada tahun 1960 M.
(c) Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974 M.

4 Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981 M ketika berusia 73 tahun.

Keperibadian HAMKA

1 Antara keperibadian HAMKA ialah:

(a) Petah berpidato.
Beliau mahir berpidatodan pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan
radio Arab Saudi.

(b) Berjiwa seni.
Sifat ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa karya-karya agungnya yang indah dan menusuk
kalbu hingga ke hari ini. Rangkap-rangkap pantun dan syair sering dijadikan selingan dalam
kebanyakan penulisan beliau.

(c) Berani.
HAMKA dengan beraninya mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam
semasa berlaku revolusi menentang pihak Belanda di Sumatera.

Pendidikan HAMKA

1HAMKA mempelajari al-Quran dan asas-asas agama dari bapanya sendiri.

2Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan di Sekolah Agama al-Tawalib
yang didirikan oleh bapanya.

3Beliau juga mengikuti pengajian-pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulama-ulama
terkenal iaitu:

(a) Syeikh Ibrahim Musa.
(b) Syeikh Ahmad Rasyid.
(c) Sutan Mansur.
(d) Kiai Bagus Hadikosmo.

4 Beliau suka menghabiskan masa lapang di perpustakaan untuk membaca buku-buku falsafah,
kesusasteraan, sejarah dan politik.

5 Kemahiran bahasa Arabnya digunakan untuk menyelidiki karya-karya sarjana timur tengah seperti Jurji Zaidan, Abbas Mahmud al-Aqqad dan Mustapha al-Manfaluti serta karya sarjana barat yang
diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Carl Marx dan Arnold Toynbee.


Kegigihan HAMKA Mengembangkan Dakwah Islamiah Di Nusantara

1 HAMKA melibatkan diri dalam kegiatan dakwah semenjak berusia 17 tahun dengan menerbitkan
majalah Khatibul Ummah.

2Semasa berada di Mekah al-Mukarramah pada tahun 1927 M, beliau mengasaskan Persatuan Hindia
Timur untuk memberi pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia.

3Sekembalinya dari Mekah, beliau melibatkan diri dengan Pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai
cawangannya di Padang Panjang.

4Pada tahun 1935 M, beliau mengasaskan Kolej al-Muballighin.

5 Setahun kemudian, beliau menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat. Sejak itu, beliau mengasaskan
beberapa majalah berunsur dakwah seperti Menara, Merdeka, Pemandangan, Panji Masyarakat dan
Gema Islam.

6 Pada tahun 1953 M, HAMKA dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Muhammadiah.


Sumbangan HAMKA Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran

1Karya-karya beliau dalam bidang agama, kesusasteraan dan falsafah menyentuh secara langsung
kehidupan umat Islam di rantau ini.

2HAMKA adalah penerus kelangsungan idea islah as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan asy-Syeikh
Muhammad Abduh di Nusantara.

3Ruangan akhbar dan majalah digunakan sepenuhnya untuk mengajak umat Islam mengkaji semula
tentang sebahagian kefahaman dan ajaran yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Contohnya tradisi mengutus surat ke makam Imam Syafie untuk memohon kebaikan, keuntungan dalam perniagaan dan jodoh.

4 Karya-karya beliau terutamanya Tafsir al-Azhar meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ilmu dan
pemikiran di alam melayu.


Hasil-hasil Karya HAMKA

1 Dalam bidang agama:

(e) Tafsir al-Azhar.
(f) Tasauf Moden.
(g) Pedoman Mubaligh Islam.
(h) Arkanul Islam.
(i) Sejarah Umat Islam.
(j) Revolusi Agama.

2Dalam bidang falsafah:

(a) Falsafah Hidup.
(b) Lembaga Hidup.
(c) Falsafah Ideologi Islam.
(d) Ekspensi Ideologi.
(e) Pandangan Hidup Muslim.

3Dalam bidang sastera:

(a) Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
(b) Di Bawah Lindungan Kaabah.
(c) Laila Majnun.
(d) Mandi Cahaya Di Tanah Suci.
(e) Menunggu Beduk Berbunyi.


Perjuangan HAMKA

1HAMKA pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.

2Beliau melancarkan penentangan terhadap khurafat, bidaah dan tarekat kebatinan sesat yang semakin menular di Indonesia semasa menjadi anggota pimpinan pusat Persatuan Muhammadiah dengan mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah.

3Pidato dan penulisan merupakan kehidupannya yang sebenar. Beliau lantang mengkritik kepincangan pentadbiran kerajaan Indonesia ketika itu hingga dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia (MUI).

4 Beliau pernah meringkuk dalam penjara bersama-sama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia
(MASYUMI).

Pos Berkaitan: