BAB 25 – KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIAH

BAB 25 – KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIAH

1 Pola pemerintahan kerajaan Abbasiah sentiasa berubah-ubah selaras dengan perubahan politik, sosial
dan budaya.

2 Penggal pertamanya terkenal sebagai zaman kegemilangan.


3 Sejarawan membahagikan pemerintahan kerajaan Abbasiah kepada lima penggal iaitu:
(a) Penggal pertama: 132 H hingga 232 H / 750 M hingga 847 M. Dikenali sebagai penggal pengaruh
Parsi pertama.
(b) Penggal kedua: 232 H hingga 334 H / 847 M hingga 945 M. Dikenali sebagai penggal pengaruh
Turki pertama.
(c) Penggal ketiga: 334 H hingga 447 H / 945 M hingga 1055 M. Dikenali sebagai penggal pengaruh
Parsi kedua.
(d) Penggal keempat: 447 H hingga 590 H / 1055 M hingga 1194 M. Dikenali sebagai penggal
pengaruh Turki kedua.
(e) Penggal kelima: 590 H hingga 656 H / 1194 M hingga 1258 M. Dikenali sebagai penggal bebas
dari pengaruh Parsi dan Turki.

Kegemilangan Kerajaan Abbasiah

1 Pada penggal pertama, kerajaan Abbasiah diperintah oleh khalifah-khalifah yang terkenal seperti Abu
Jaafar al-Mansur, al-Mahdi, al-Hadi, Harun al-Rasyid dan al-Makmun yang menjadi tonggak utama
memajukan kerajaan melalui dasar-dasar yang diperkenalkan.

2 Dalam aspek pentadbiran, sistem pentadbiran berpusat diamalkan diketuai seorang khalifah. Bidang
kuasa jabatan dinilai dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

3 Dalam bidang ekonomi, tumpuan diberikan kepada tiga sektor utama iaitu pertanian, perindustrian
dan perdagangan dengan pelbagai pendekatan dan inisiatif seperti pengurangan cukai tanah dan
penaiktarafan saliran dan tali air dalam bidang pertanian.

4 Kekayaan yang diperolehi diguanakan untuk penyediaan infrastruktur seperti hospital, sekolah,
perpustakaan, pusat perniagaan dan lain-lain.

5 Dasar pertahanan diubah daripada peluasan kuasa kepada membendung pemberontakan dari dalam
terutama daripada pihak syiah dan penyembah berhala. Keanggotaan tentera juga dibuka seluas-luasnya
kepada bangsa bukan Arab seperti Parsi dan Turki untuk membina interaksi antara pelbagai kaum.

Faktor Kegemilangan Kerajaan Abbasiah

1 Faktor kegemilangan kerajaan Abbasiah adalah seperti berikut:

(a) Kestabilan politik.
Kerajaan Abbasiah menumpukan perhatian terhadap pembasmian pemberontakan dan
perbalahan kaum. Kestabilan yang wujud memberi peluang kepada pemerintah untuk
membangunkan negara.

(b) Dasar politik kerajaan Abbasiah.
Layanan adil diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Hubungan
diplomatik yang baik juga dijalin dengan negara-negara luar.

(c) Kedudukan Baghdad yang strategik.
Baghdad berada di tengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat. Sungai Dajlah menjadi
laluan utama pedagang. Ia turut menjadi pusat pertemuan sarjana timur dan barat.

(d) Perpaduan antara kaum.
Rakyat kerajaan Abbasiah terdiri daripada pelbagai bangsa. Mereka diberi peluang menjawat
jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Orang bukan Islam juga diberi layanan yang baik selagi
tidak mengkhianati kerajaan Abbasiah dan bebas melaksanakan kepercayaan masing-masing.

(e) Penghayatan konsep kerja sebagai ibadah.

Konsep ini mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang muamalat menurut pandangan
Islam. Perkara ini akhirnya mendorong umat Islam menceburi secara aktif dalam bidang
perekonomian.

Faktor Kemerosotan Kerajaan Abbasiah

1 Kerajaan Abbasiah merosot semasa pemerintahan Al-Wasiq Billah bin Al-Muktasim, memerintah tahun
227 H hingga 232 H / 842 M hingga 847 M.
2 Kemerosotan tersebut menjadi faktor utama kejatuhan kerajaan Abbasiah di tangan Monggol pada 15
Muharram 6556 H / 22 Januari 1258 M.

3 Kejatuhan kerajaan Abbasiah adalah kerana faktor-faktor berikut:

(a) Kelemahan pemerintahan kerajaan Abbasiah.
(b) Perpecahan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Abbasiah.
(c) Perebutan kuasa.
(d) Kegawatan ekonomi.
(e) Perselisihan aliran fahaman keagamaan.
(f) Serangan dari luar.

Iktibar Dari Sejarah Kegemilangan Kerajaan Abbasiah

1 Keagungan dan kegemilangan kerajaan Abbasiah menjadi kebanggaaan umat Islam hingga ke hari ini.

2 Setiap kemajuan yang dikecapi oleh kita hari ini berasal dari sumbangan umat Islam pada zaman
Abbasiah.

3 Pihak tentera salib dari Eropah barat berjaya memindahkan kemajuan sains dan teknologi umat Islam
ke negara mereka walaupun kalah di medan peperangan.

4 Umat Islam hari ini tidak wajar berpeluk tubuh tanpa berusaha untuk mengulanginya semula kerana
kebanggaan semata-mata tidak dapat mengubah nasib umat Islam yang sentiasa tertindas.

Iktibar Dari Sejarah Kemerosotan Kerajaan Abbasiah

1 Kejatuhan kerajaan Abbasiah merupakan sejarah hitam bagi umat Islam dan hanya tinggal sebagai
bahan sejarah untuk tatapan umat Islam generasi kini.

2 Kebanyakan faktor adalah berpunca daripada konflik dalaman yang parah dan akhirnya membuka
peluang kepada musuh-musuh luar yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkannya.

Pos Berkaitan: