BAB 4: HIDAYAH ALLAH (SURAH AN-NUR : AYAT 35)





MAKSUD AYAT
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah, adalah sebagai misykat yang berisi sebuah lampu , lampu itu dalam geluk kaca, geluk kaca itu pula ( jernih terang ) laksana bintang yang bersinar cemerlang. Lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya iaitu pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa terbit dan terbenamnya ( tetapi sentiasa terdedah kepada matahari ) hampir-hampir minyak itu dengan sendiri memancarkan cahaya bersinar ( kerana jernihnya ) walaupun ia tidak disentuh api. ( Sinar nur hidayah itu demikian bandingannya adalah sinar yang berganda-ganda ). Cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut undang-undang dan peraturan-Nya ) kepada nur hidayah-Nya itu. Dan Allah mengemukakan pelbagai perbandingan untuk manusia dan Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

INTISARI AYAT
1.       Allah membandingkan nur dan hidayah-Nya yang menerangi hati orang mukmin seperti sebuah lampu di dalam pelita kaca , cahayanya memancar gemerlapan.
2.       Orang yang diberi hidayah Allah pasti menerima undang-undang dan peraturan Allah yang termaktub dalam al-Quran untuk menguruskan alam

GOLONGAN YANG MENDAPAT HIDAYAH ALLAH

·         Bertasbih dan bertahmid kepada Allah
·         Bekerja tanpa lalai dari mengingati Allah
·         Sentiasa mendirikan solat fardhu
·         Mengeluarkan zakat
·         Takut kepada pembalasan hari kiamat

CARA MENDAPATKAN HIDAYAH
1. MENUNTUT ILMU
   - orang yang berilmu mudah mendapat hidayah kerana ilmu dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan
2. BERAMAL
                - amal adalah pelengkap kepada ilmu. Keduanya dapat membentuk indivdu yang soleh. Allah murka pada orang yang tidak beramal dengan ilmunya.

3. ZIKRULLAH
                - hati yang sentiasa mengingati Allah akan jadi lembut dan mudah menerima kebenaran.

HALANGAN PEROLEHI HIDAYAH
·        Terus berada dalam kejahilan
·        Tidak berusaha menuntut ilmu
·        Tidak beramal dengan ilmunya
·        Bersikap sombong
·        Tidak mengakui kelemahan diri
·        Melakukan maksiat
·        Makan makanan haram

AL-QURAN SEBAGAI MUKJIZAT
·         Gaya bahasa al-Quran yang sangat indah

·         Al-Quran mengandungi pelbagai jenis ilmu

·         Allah mencabar manusia supaya menciptakan satu surah seperti al-Quran



ILMU FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH

1.       ILMU FARDHU AIN:
ILMU YANG WAJIB DIPELAJARI UNTUK SEMPURNAKAN KEHIDUPAN DUNIA DAN AGAMANYA

CONTOH
ILMU CARA SOLAT , PUASA , BACA ALQURAN

2.       ILMU FARDHU KIFAYAH:
ILMU YANG WAJIB DIPELAJARI OLEH UMAT ISLAM NAMUN KEWAJIPANNYA GUGUR BILA ADA ORANG LAIN YANG MEMPELAJARINYA

CONTOH :
ILMU PERUBATAN


PENGAJARAN AYAT

·         Hidayah Allah yang menerangi hati orang mukmin umpama cahaya yang menerangi alam
·         Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan hidayah Allah
·         Menuntut ilmu wajib dan sebagai cara untuk perolehi hidayah
·         Kita wajib menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah untuk menjadi pakar dalam kedua-dua bidang.


Pos Berkaitan: