BAB 5: PERIBADI MUKMIN (SURAH AS-SAJDAH : AYAT 15 – 16





MAKSUD AYAT
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera sujud ( menandakan taat dan patuh ) dan menggerakkan lidah mereka dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur ( sedikit sangat tidur , kerana mengerjakan solat tahajud dan amal soleh ) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut ( akan kemurkaannya ) dengan perasaan ingin memperolehi lagi ( keredhaan ), dan mereka selalu menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.


INTISARI AYAT

·         Dalam ayat tersebut Allah menyatakan sifat mukmin iaitu mereka sujud kepada Allah kerana mengagungkan-Nya dan tidak bersifat takbur.
·         Kita juga perlu sentiasa mengingati Allah, melazimi qiamullail dan menginfakkan harta untuk jalan Allah


CIRI-CIRI ORANG BERIMAN

1. Sujud kepada Allah
   - orang beriman memiliki jiwa yang sentiasa
     menyedari kebesaran Allah
   - berlumba-lumba beribadah dan mencari
     keredhaan Allah

2. Sentiasa mengingati Allah
   - orang mukmin sentiasa mengingati Allah dan 
     lidah mereka sentiasa mengucapkan tasbih,
     tahmid dan takbir.


3. Melazimi qiamullail
   - orang mukmin sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada
     Allah dengan berqiamullail ( bangun pada awal pagi untuk beribadah )
    -  qiamullail adalah sumber kekuatan rohani umat Islam.

4. Tidak takbur
   - orang mukmin yakin hanya Allah yang layak bersifat takbur.
    - mereka sentiasa tawadduk dan akur dengan kelemahan diri
    - segala kelebihan yang dimiliki adalah kurniaan dari Allah

5. Menginfakkan harta untuk jalan Allah
  -  harta yang dimiliki adalah amanah Allah
  - orang mukmin wajib memperuntukkan sebahagian harta untuk jalan Allah seperti

6. membantu fakir miskin, membantu program dakwah dan sebagainya.


KEPENTINGAN PEMBANGUNAN BERDASARKAN KEIMANAN

·         Pembangunan adalah satu tuntutan dalam Islam dan mesti dibina atas dasar keimanan kepada Allah.
·         Pembangunan yang berasaskan kebendaan akan menyebabkan berlaku pelbagai masalah seperti penindasan dan kezaliman.
·         Pembangunan berasaskan keimanan menjadikan nilai kemanusiaan sebagai agenda utama seperti toleransi dan keadilan.


JENIS-JENIS SUJUD    









PENGAJARAN AYAT

·         Umat Islam disunatkan membanyakkan solat sunat dan berzikir kepada Allah untuk melembutkan hati.
·         Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang melazimi qiamullail.
·         Orang mukmin bersifat tawaduk dan menyedari kekurangan diri berbanding kebesaran Allah.
·         Islam menggalakkan kita mencari harta yang halal dan menginfakkan harta ke jalan Allah





Pos Berkaitan: