BAB 6: KEMULIAAN AL-QURAN (SURAH AL-HASYR AYAT 21-24)



MAKSUD AYAT

Sekiranya kami turunkan alquran ini ke atas gunung, nescaya engkau dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut kepada Allah. Dan ( ingatlah ) contoh-contoh perbandingan ini kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Dia maha pemurah lagi maha mengasihani. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia. Yang menguasai ( sekalian alam ) yang maha suci, yang maha selamat sejahtera ( daripada segala kekurangan ). Dia melimpahkan keamanan, yang maha melengkapi segala kebesaran-Nya. Maha suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan dengannya. Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan ( daripada tiada kepada ada ) yang membentuk rupa ( makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya ) bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-mulianya. Bertasbih kepada-Nya segala yang dilangit dan dibumi. Dan Dialah yang tidak ada tolok bandingnya, lagi maha bijaksana.

INTISARI AYAT
·         Allah menyatakan sekiranya al-Quran diturunkan ke atas gunung yang teguh, nescaya ia akan pecah.
·         Ini disebabkan gunung tidak mampu melaksanakan tanggungjawab untuk menyebarkan ajaran al-Quran serta melaksanakannya.
·         Allah mempunyai nama-nama yang indah dan sifat yang sempurna.
·         Semua makhluk di langit dan di bumi tunduk dan bertasbih kepada Allah.


KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Al-Quran mempunyai banyak keistimewaan, antaranya ialah :

1.Mukjizat agung kepada Rasulullah.
2.Kandungan al-Quran lengkap merangkumi semua aspek kehidupan seperti akhlak, ekonomi, sosial, sains dan politik.
3.Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan masa.

4.Terpelihara dari sebarang perubahan dan penyelewengan hingga kiamat.
5.Tiada makhluk yang mampu menandingi keindahan bahasa al-Quran.
6.Membimbing manusia menuju kebahagiaaan hidup di dunia dan akhirat.
7.Setiap huruf yang dibaca dikira ibadat dan diberikan pahala.

MAKHLUK SELAIN MANUSIA TUNDUK DAN PATUH KEPADA ALLAH
·         Dalam ayat 24 surah al-Hasyr Allah menyatakan bahawa semua makhluk tunduk dan patuh kepada Allah.
·         Antaranya dengan cara bertasbih dan mengikut semua ketentuan dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah.
·         Contohnya matahari dan bulan sentiasa beredar mengikut paksinya.
·         Sebagai manusia yang mempunyai akal, kita sepatutnya tidak menderhakai Allah yang telah mencipta kita


CARA MENGHAYATI AL QURAN

Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menjadi seorang yang menghayati al-Quran :

·         Istiqamah dalam membaca al-Quran
·         Memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian
·         Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Quran
·         Membaca al-Quran dengan bertajwid dan bertarannum.

PERBANDINGAN ANTARA GUNUNG DAN ORANG YANG INGKAR KEPADA ALLAH
·         Allah membandingkan keingkaran manusia menerima al-Quran dengan sifat gunung yang hancur berkecai apabila diturunkan al-Quran.
·         Allah membuat perbandingan ini sebagai peringatan kepada orang kafir yang keras hati dan bersikap kasar.
·         Allah juga mengingatkan orang yang tidak khusyuk membaca al-Quran.
·         Sekiranya gunung mendengar ayat-ayat Allah nescaya akan hancur berkecai kerana takut kepada Allah.


 PENGAJARAN AYAT

1.Allah memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatan yang terdapat dalam al-Quran.
2.Gunung-ganang yang kuat dan kukuh akan musnah sekiranya diturunkan al-Quran ke atasnya kerana keagungan al-Quran
3.Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah.
4.Allah mengetahui perkara-perkara ghaib
5.Allah memiliki nama yang agung lagi suci supaya manusia mengambil iktibar.

UNTUK TERUS MEMBUAT LATIHAN ULANGKAJI BERKAITAN TAJUK INI 
SILA KLIK SINI

Pos Berkaitan: