BAB 26: IBNU SINA BAPA PERUBATAN DUNIA


RIWAYAT HIDUP

Nama sebenar Al Husin Bin Abdillah Bin Al Hasan Bin Ali Bin Sina
Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah / 980 Masihi di Afshanan Bukhara, Turkistan
Bapanya adalah seorang pengawas Harmaisan, Bukhara
Pada tahun 390 Hijrah / 1000 Masihi setelah bapanya meninggal dunia, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizmi, Jarjan, Rai dan Hamazan.
Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala’Daulah di Asfahan
Meninggal dunia di Hamazan pada tahu 428 Hijrah/ 1037 Masihi


KEPERIBADIAN

Tekun mempelajari ilmu
Ibnu Sina pernah membaca berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali
Taat beragama
Ibnu Sina sering berdoa kepada Allah terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan
Beliau sering pergi kemasjid untuk memohon petunjuk daripada Allah
Pintar
Ibnu Sina berjaya menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika berusia lapan belas tahun
Berinovatif
Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya perubatan


PENDIDIKAN

Mula mempelajari Al-Quran semenjak berusia 5 tahun dan menghafaz ketika berumur 10 tahun
Mempelajari ilmu fekah dan tasauf daripada Ismail Zahid, ilmi hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Masah, ilmu falsafah daripada Abu Abdullah Natili serta ilme sains dan astronomi daripada Al Biruni.
Semasa 16 tahun, beliau dapat mengusai ilmu perubatan

KETOKOHAN

Kepakaran beliau pernah digunakan untuk merawat orang-orang penting
Beliau telah berjaya dalam bidang perubatan dengan beberapa pencapaian iaitu
Penemuan penyakit baru dan puncanya
Pengaruh kuman dalam penyakit
Jangkitan virus seperti Tibi dan sebagainya
Penyakit seperti Rubella, alahan , cacar, penyakit jiwa dan sebagainya
Penemuan dalam bidang farmasi
Menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik dan ubat bisu
Membangunkan teknologi perubatan
Mencipta benang yang khusus untuk mejahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain lagi

KESAN PENINGGALAN

Menggilapkan kembali bidang perubatan yang kian malap pada ketika itu.
Beliau memperkenalkan metod pemerhatian dan analisis
Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina  banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden


HASIL KARYA

Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelabagai bidang ilmu pengetahuan
Buku-buku tersebut telah dihimpunkan oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir.
Jasanya dihargai dengan institusi pendidikan di Hungary dinamakan “Avicenna College” (Kolej Ibnu Sina

Pos Berkaitan: