BAB 15: UNIT 6: NUSYUZ PEMUSNAH KEBAHAGIAAN




PENGERTIAN

Bahasa   :  Derhaka / ingkar
Istilah     : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

Hukum Nusyuz :
Diharamkan oleh syarak.
Para malaikat melaknat isteri yang nusyuz kepada suami.

PERKARA YANG BOLEH
MEMBAWA KEPADA NUSYUZ

·         Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur    ( bersetubuh ) tanpa keuzuran.
·         Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada sebab yang munasabah.
·         Melakukan kekerasan sama ada dengan perkataan atau perbuatan kepada suami.
·         Ingkar perintah suami yang tidak bercanggah dengan syarak.
·         Membenarkan lelaki yang tidak disukai suami masuk ke rumah semasa ketiadaan suami.


KESAN NUSYUZ

Kesan  Terhadap  Isteri

·         Hilang hak nafkah daripada suami.
·         Kehilangan giliran bagi yang bermadu.
·         Dimurkai Allah dan dilaknat Malaikat.
·         Menimbulkan fitnah kepada isteri.

Kesan  Terhadap  Suami

·         Suami yang tidak dihormati dalam rumahtangga akan berasa tercabar.

·         Suami akan bertindak kasar terhadap isteri untuk melepaskan kemarahan.

·         Terdapat suami yang melarikan diri dan mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.

Kesan Terhadap Keluarga

·         Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada ibu bapa.

·         Jiwa dan minda mereka akan tertekan dengan tindakan ibu bapa.

·         Keharmonian dalam rumahtangga tergugat.


Kesan Terhadap Masyarakat

·         Kehancuran rumahtangga akan memberi kesan buruk dalam masyarakat
·         Hubungan akrab antara keluarga suami dan isteri akan terjejas.
·         Timbul persengketaan dan pergaduhan


ADAB MENDIDIK ISTERI NUSYUZ

1.       Memberi nasihat dengan  hikmah

-          ingatkan tentang kewajipan terhadap Allah, 
·         suami dan rumahtangga.
-          suami hendaklah memaafkan isteri dan
·         tunjukkan contoh teladan yang baik

2.       Memisahkan tempat tidur

·         Jika langkah pertama tidak berjaya, suami hendaklah mengasingkan isteri dari tempat tidurnya.
·         Langkah ini diharap dapat memberi kesan psikologi kepada isteri

3.Memukul dengan tujuan mendidik

·         Islam mengharuskan suami memukul isteri untuk menginsafkannya
·         Tetapi **pukulan tidak boleh memudaratkan isteri tersebut

**CARA MEMUKUL
YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

·         Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.

·         Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang sensitif seperti muka dan perut.

·         Memukul dengan tujuan mendidik dan menginsafkannya.

·         Pukul dengan alat yang tidak boleh membahayakan.

LANGKAH MENCEGAH NUSYUZ

·         Suami isteri perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam rumahtangga.

·         Perlu berunding dalam menyelesaikan segala yang dihadapi.

·         Perlu peka terhadap keperluan antara satu sama lain.

*Menurut Mazhab Syafei :

  Isteri yang mengelak dari melayan suami dengan berpuasa sunat juga dikira sebagai nusyuz.

Pos Berkaitan: