TALAK

 

MAKSUD:

Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan


HUKUM: HARUS

CONTOH LAFAZ TALAK:

1. JELAS : ‘Aku ceraikan engkau’. 

2. KIASAN : ‘Aku lepaskan engkau mulai hari ini


HUKUM ASAL TALAK:

ialah HARUS iaitu syarak memberikan kebenaran untuk pasangan suami isteri membubarkan perkahwinan kerana sebab-sebab yang munasabah. 

Walaubagaimanapun HUKUM TALAK boleh berubah mengikut keadaan iaitu :

WAJIB - Apabila berlaku perbalahan antara suami isteri yang tidak dapat didamaikan setelah melalui proses mahkamah. 

SUNAT - Apabila isteri berakhlak buruk. 

MAKRUH - Apabila suami menceraikan isteri yang berkelakuan baik atau menceraikan isteri tanpa sebab. 

HARAM - Apabila suami menceraikan isteri dalam keadaan haid atau ketika suci tetapi telah disetubuhi tanpa diketahui hamil atau tidak



SPEKTRUM ILMU:

JENIS-JENIS TALAK : -

1. TALAK RAJ’IE :

Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh idah tanpa akad nikah dan mahar yang baharu. 

2. TALAK BAIN : 

Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baharu.




Pos Berkaitan: