BAB 24 – PERKEMBANGAN KETENTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH

BAB 24 – PERKEMBANGAN KETENTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH


1 Perkembangan pendidikan dan ekonomi banyak bergantung kepada faktor keamanan.

2 Terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Abbasiah dalam bidang ketenteraan
untuk mewujudkan suasana aman dan tenteram, iaitu:
(a) Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan Arab seperti orang Turki dan Parsi.
(b) Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan.
(c) Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera.




Struktur Organisasi Ketenteraan Kerajaan Abbasiah
1 Berikut adalah struktur organisasi ketenteraan kerajaan Abbasiah:
(a) Al-khalifah
(b) Al-wazir
(c) Diwan al-jundi (kementerian pertahanan)
- Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pertahanan negara.
- Fungsinya merekodkan daftar lengkap tentera darat dan laut, gaji, imbuhan, pangkat dan
sebagainya.

2 Kementerian pertahanan terbahagi kepada lapan bahagian, iaitu:
(a) Majlis al-taqrir (bahagian kewangan)
- Bertanggungjawab dalam hal-hal gaji dan imbuhan tentera, pengurusan ketenteraan,
belanjawan khusus untuk pengurusan, latihan dan peralatan ketenteraan.
(b) Majlis al-muqabalah (bahagian latihan)
- Bertanggungjawab menguruskan pengambilan dan latihan kepada tentera-tentera baru.
(c) Al-massahun (bahagian peninjau)
- Bertanggungjawab membuat panduan dan menasihatkan panglima-panglima angkatan
tentera tentang topografi sesuatu tempat.
(d) Diwan al-tasnif (bahagian pengurusan sumber manusia)
- Menguruskan kenaikan pangkat dan penyusunan tentera mengikut pasukan seperti berikut:

i. Pasukan pengawal khalifah.
ii. Pasukan bergaji tetap (al-murtazaqah).
iii. Pasukan sukarelawan (al-mutatowwi’).

(e) Diwan al-ard (depot simpanan)
- Bertanggungjawab terhadap stor dan kelengkapan persenjataan yang dikendalikan oleh
pengarah depot yang dikenali sebagai al-musyrif ala al-sinaah wal makhazin.



(f) Al-jawasis (bahagian perisikan)
- Juga dikenali sebagai al-uyun.
- Tugasnya mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera Islam.

(g) Dairah al-muhandisin (bahagian kejuruteraan)
- Bertanggungjawab membina kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan.

(h) Al-bahriyyah (bahagian tentera laut)
- Bertanggungjawab dalam mengawasi perairan-perairan kerajaan Abbasiah serta kerja-kerja
pembinaan kapal-kapal perang dan penyusunan angkatan tentera laut.

Fungsi Ketenteraan Dalam Menjaga Keamanan Negara

1 Tugas utama:
(a) Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar.
(b) Menentang musuh negara.
(c) Menghadapi sebarang keadaan darurat.

2 Tugas bantuan:
(a) Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan
operasi anti keganasan.
(b) Membantu pihak berkuasa awam dalam bantuan malapetaka dan pembangunan negara.

Faktor Kejayaan Tentera Islam Zaman Abbasiah
1 Berikut ialah faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan tentera Islam zaman Abbasiah, iaitu:
(a) Dasar ketenteraan yang terbuka.
- Ketenteraan dibuka kepada bangsa bukan Arab.
(b) Pemimpin yang berkaliber.
- Pemimpin seperti Abu Jaafar al-Mansur dan Harun al-Rasyid memberi perhatian kepada
kebajikan tentera dengan memberi gaji dan imbuhan yang lumayan. Mereka juga melantik
pemimpin-pemimpin tentera yang berkaliber tanpa mengira bangsa.
(c) Peralatan ketenteraan yang canggih.
- Senjata yang sering diguna ketika itu ialah pedang, lembing,panah, manjanik (ballista),
dabbabah (kayu pelantak), barud (serbuk letupan) dan pelbagai jenis kapal perang.
(d) Strategi peperangan yang berkesan.
- Strategi berkesan yang dimiliki oleh panglima-panglima tentera Islam sama ada diwarisi
daripada generasi sebelumnya atau diubahsuai mengikut perkembangan semasa.
Contohnya al-karadis iaitu strategi peperangan yang membahagikan tentera kepada lima
ketumbukan besar dengan peranan masing-masing merupakan strategi yang diwarisi dari
zaman Umar bin al-Khattab dan diubahsuai mengikut keperluan semasa.
(e) Keimanan dan semangat jihad tentera Islam.
- Tentera Islam memiliki keimanan yang mantap, semangat jihad dan kecintaan kepada
agama yang tidak berbelah bahagi.


Kepentingan Keselamatan Untuk Pembangunan Dan Kemajuan Negara

1 Pembangunan dan kemajuan negara bergantung kepada kestabilan politik, pendidikan dan ekonomi.
2 Jika sesebuah negara tidak aman, kestabilan politik akan tergugat, ekonomi akan lumpuh dan
pendidikan akan terjejas.
3 Akibatnya negara akan menjadi mundur dan sering terdedah kepada ancaman luar.
4 Oleh itu, keselamatan sesebuah negara amat penting bagi mengekalkan kemakmuran yang dikecapi.

Pos Berkaitan: