BAB 29 – ASY SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TOKOH ISLAH AGUNG


BAB 29 – ASY SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TOKOH ISLAH AGUNG


Biodata Asy-Syeikh Muhammad Abduh

1. Beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah. Lahir dalam keluarga petani di Tonto, Mesir
pada tahun 1265 H / 1849 M. Pada tahun 1882 M, beliau dibuang negeri kerana dituduh terlibat dengan
pemberontakan Urabi. Beliau telah ke Perancis semasa menjalani hukuman tersebut dan telah
menerbitkan Majalah al-Urwatul Wusqa di sana bersama gurunya, as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani.



2. Pernah menjawat beberapa jawatan iaitu:
(a) Guru di Masjid al-Husaini.
(b) Guru di Darul Ulum, Mesir.
(c) Guru di sekolah al-Sultoniyyah, Beirut.
(d) Ketua editor akhbar al-Wako’i al-Misriyyah.
(e) Hakim Mahkamah Rayuan, Mesir.
(f) Anggota Majlis pengurusan Universiti al-Azhar.
(g) Mufti kerajaan Mesir.

3.  Beliau meninggal dunia pada tahun 1314 H / 1905 M di Iskandariah, Mesir.

Keperibadian Asy-Syeikh Muhammad Abduh

1 Antara keperibadian asy-Syeikh Muhammad Abduh ialah:
(h) Berani.
Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan pancaroba
yang besar.
(i) Tegas dan penyayang.
Asy-Syeikh Muhammad Abduh tegas tetapi penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau
menubuhkan al-Jami’yyah al-Khairiyyah al-Islamiyyah untuk membantu murid-muridnya yang
menghadapi masalah kewangan.
(j) Berketrampilan.
Beliau diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting dalam negara.
Pendidikan Asy-Syeikh Muhammad Abduh
1Belajar membaca dan menulis daripada bapanya sendiri.
2 Mempelajari al-Quran serta menghafaznya dalam masa dua tahun.
3Beliau mempelajari bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi.
4Asy-Syeikh Muhammad Abduh mempelajari tasauf dan tatabahasa Arab dari Syeikh Darwisy Khudr dan
Syeikh Darwisy.
5 Semasa di Universiti al-Azhar, beliau mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu hisab dan falsafah
dengan Syeikh Hasan Towil.
6 Pada 1896 M, beliau berkesempatan mendampingi dan mendalami bidang akademik dan pemikiran
Islam dengan as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani yang mengunjungi Mesir.
7 Pada tahun 1877 M, beliau memperoleh ijazah dari Universiti al-Azhar.

Aliran Pemikiran Asy-Syeikh Muhammad Abduh Serta Perjuangannya
1Beliau banyak mengambil inspirasi daripada gerakan islah gurunya, as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Beliau bersikap lebih terbuka berbanding sebelumnya hasil didikan gurunya. Beliau banyak memberi
saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam. Antaranya ialah:

(a) Akidah.
Beliau menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam dalam bentuknya yang asli dan
menolak konsep taklid buta serta mengajak untuk mempelajari ilmu-ilmu nakliah dan akliah bagi
membina umat yang mempunyai daya fikir yang tinggi seterusnya bebas dari penjajahan.

(b) Integrasi ilmu.
Beliau mendapati sistem pendidikan hanya tertumpu kepada bidang agama dalam bentuk yang
tidak cuba disesuaikan dengan kehendak semasa. Beliau menyarankan bidang-bidang ilmu
fardhu kifayah seperti sains, matematik, falsafah dan geografi dimasukkan ke dalam kurikulum
sekolah dan universiti. Saranan terseut diterima oleh kerajaan Mesir. Sukatan pengajian di

Universiti al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan model kepada pusat-
pusat pengajian tinggi lain di seluruh dunia Islam.

(c) Kecekapan pentadbiran.
Semasa menjadi hakim di mahkamah rayuan Mesir, beliau mendapati sistem pentadbiran
kehakiman tidak sistematik dan perlu kepada pengislahan. Pengislahan yang dilakukannya
diabadikan di dalam karyanya al-tahrir fi islah al-mahakim al-syari’yyah.

Faktor Asy-Syeikh Muhammad Abduh Melakukan Pengislahan Dalam Sistem Pendidikan

1Inspirasi gerakan islah as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi
ilmu.

2Kesedaran asy-Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada islah dalam kurikulum sekolah
dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.

3Sistem pendidikan pada masa itu yang lebih menjuruskan ke arah taklid dan jumud.

4 Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari kerajaan yang menyebabkan golongan miskin
terpinggir.


Metode Islah Asy-Syeikh Muhammad Abduh

1Proses pengajaran di Masjid al-Husain, Darul Ulum dan Universiti al-Azhar.

2Media massa seperti majalah al-Urwatul Wusqa serta akhbar al-Waqo’i al-Misriyyah dan al-Ahram.

3 Karya-karya ilmiah seperti risalah tauhid, tafsir juzuk amma, al-tahrir fi islah al-mahakim al-syari’yyah,
al-Islam wa al-raddu ala muntaqidiah, al-Islam wa al-nasraniyyah ma’a al-ilmi wa al-madaniyyah dan
sebagainya.

4 Jawatan-jawatan yang disandangnya.

Sumbangan Asy-Syeikh Muhammad Abduh Dalam Bidang Pendidikan

1 Melalui artikel, wacana dan kuliah yang disampaikan, beliau berjaya memberi gambaran yang jelas
tentang perlunya umat Islam kepada islah.

2 Idea beliau untuk membuat islah dalam bidang pendidikan terutamanya di Universiti al-Azhar telah
memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan ilmu dan pengetahuan umat Islam, antaranya
ialah:
(a) Mewujudkan matapelajaran matematik, geometri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat.
(b) Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.
(c) Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar.
(d) Menyediakan peruntukan untuk gaji guru dari perbendaharaan negara dan wakaf negara.
(e) Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.

3 Beliau meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi salah satu sumber rujukan yang
berautoriti dalam dunia Islam.


Pos Berkaitan: