BAB 16 – POLIGAMI

BAB 16 – POLIGAMI




Pengertian Poligami Dan Hukumnya

1 Maksud Poligami: Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat orang isteri pada satu
masa.
2 Hukum poligami ialah harus.



Syarat Berpoligami

1 Orang yang ingin berpoligami wajib memenuhi syarat-syarat berikut, iaitu:
(a) Tidak melebihi empat isteri.
- Amalan berpoligami dalam Islam dibataskan kepada empat orang isteri.
- Perkahwinan yang melebihi bilangan ini adalah terbatal.

(b) Boleh berlaku adil.
- Keadilan yang dimaksudkan ialah dari aspek lahiriah seperti makanan, pakaian, tempat
tinggal dan giliran bermalam.
- Kasih sayang tidak termasuk dalam pengertian keadilan kerana berada di luar kawalan
manusia.
- Suami tidak boleh menzahirkannya dalam bentuk tindakan agar tidak mengecilkan hati
mana-mana pihak.

(c) Mampu dari segi jasmani dan kewangan.
- Orang yang hendak berpoligami mestilah mempunyai kemampuan dari segi jasmani dan
kewangan.
- Kekurangan dua aspek ini akan menyebabkan suami tidak dapat memenuhi keperluan
keluarganya yang semakin bertambah.

Kesan Berpoligami Yang Tidak Mengikut Syarat
1 Mengundang kemurkaan Allah.
2 Timbul perasaan tidak puas hati antara isteri-isteri menyebabkan berlakunya pergaduhan.
3 Anak-anak tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada keluarga.

Hikmah Poligami
1 Antara hikmah poligami ialah:

(a) Menyambung keturunan.
- Poligami merupakan jalan penyelesaian untuk mendapatkan zuriat dalam situasi isteri yang
sakit, mandul atau sebab-sebab tertentu.

(b) Membela anak yatim dan wanita.
- Anak memerlukan pembelaan dan kasih sayang daripada seorang bapa. Wanita yang tidak
bersuami sama ada janda atau gadis memerlukan perlindungan.
- Pengabaian dua golongan ini akan menyebabkan timbul pelbagai masalah dalam
masyarakat.

(c) Mengelakkan diri daripada maksiat.
- Maksiat dapat dielakkan oleh lelaki yang tidak memadai dengan seorang isteri.

(d) Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Lelaki yang berpoligami dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil akan mendapat
ganjaran daripada Allah.
- Keadilan yang diamalkan pula akan menjamin keadaan aman dan harmoni dalam
rumahtangga.

Pos Berkaitan: