RUJUK PENAWAR BAGI TALAK



UNIT 2 : RUJUK PENAWAR BAGI TALAK

Pengertian Rujuk
1 Bahasa : Kembali.
2 Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya.
3 Suami boleh merujuk isterinya yang diceraikan dengan talak satu atau dua dalam tempoh idah.


Rukun Rujuk
1 Rukun rujuk menurut mazhab Syafie ada tiga, iaitu:
(a) Orang yang merujuk, iaitu suami atau wakilnya.
(b) Orang yang dirujuk, iaitu isteri.
(c) Lafaz rujuk (sighah).
- Jelas (soreh) : “Aku rujuk engkau.”
- Sindiran (kinayah) : ”Aku pegang engkau kembali.”

2 Para ulama mazhab Hanafi tidak meletakkan sighah sebagai rukun rujuk kerana berpendapat rujuk
boleh berlaku dengan setiap perbuatan yang tidak haram dilakukan bersama suami isteri seperti
berkucup dan melakukan persetubuhan.
3 Kaifiat rujuk ialah suami melafazkan perkataan rujuk seperti di atas dan sunat disaksikan oleh dua
orang saksi.

Syarat Rujuk
1 Syarat rujuk berdasarkan kepada rukun rujuk seperti yang berikut:
(a) Suami.
- Islam.
- Baligh.
- Berakal.
- Kemahuan sendiri.
(b) Isteri.
- Islam.
- Telah disetubuhi oleh suami.
- Bukan perceraian secara fasakh atau khuluk.
- Bukan dijatuhkan talak tiga.
- Masih dalam tempoh idah.
(c) Sigah.
- Menggunakan lafaz rujuk seperti kata suami, “Aku rujuk engkau.”
- Tidak bertaklik. Jika suami berkata, “ Aku rujuk jika engkau bersetuju.”
Rujuk tersebut tidak sah.
- Tidak ditentukan masa. Jika suami berkata, “ Aku rujuk engkau selama tiga bulan.”
Rujuk itu juga tidak sah.

Hikmah Rujuk
1 Antara hikmah rujuk ialah:
(a) Bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan apabila melakukan
kesilapan.
(b) Suami dan isteri diberi peluang untuk menyambung semula hubungan mereka dengan
keazaman dan sikap yang baru.
(c) Suami dan isteri berkesempatan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lalu.
(d) Dapat memberi ketenteraman jiwa.
(e) Dapat menyatukan semula keluarga.

Pos Berkaitan: