PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH


BAB 23 – PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH

1 Kemajuan kerajaan Abbasiah dalam bidang pendidikan banyak bergantung kepada kemantapan
ekonomi.

2 Tindakan Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad
telah menggiatkan lagi aktiviti ekonomi kerana keistimewaan-keistimewaannya seperti berikut:


(a) Kedudukan yang strategik menjadi laluan perdagangan timur dan barat.
(b) Terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq Baghdad yang menjadi tumpuan para
pedagang Parsi.

(c) Terdapat ladang-ladang pertanian dan ternakan serta sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq al-
Baqar.

3 Sumber utama kewangan kerajaan Abbasiah ketika itu ialah perdagangan, pertanian,perindustrian
serta sumber-sumber lain seperti zakat, ghanimah, fai, jizyah, usyur dan kharaj.
Sektor Utama Ekonomi Kerajaan Abbasiah

Pertanian
(a) Antara usaha yang telah dilakukan ialah:
- Membina saliran.
- Melebarkan sungai dan terusan.
- Membuat empangan.
- Membuka tanah pertanian baru.
- Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian.

(b) Wilayah-wilayah yang banyak mengeluarkan hasil-hasil pertanian ketika itu ialah Mesir, Syam,
Iraq, Yaman, Maghribi, Khurasan dan Andalus.

(c) Jenis-jenis hasil pertanian ketika itu adalah seperti berikut:
- Bijirin : gandum, barli dan beras.
- Buah-buahan : anggur, limau, kurma, epal, pisang, tembikai, buah tin dan buah zaitun.
- Sayur-sayuran dan lain : timun, kubis, kunyit, kacang tanah, ubi, manisan dan tebu.
- Ternakan : lembu, kambing, ayam itik, lebah dan sebagainya.

Perindustrian

(a) Terdapat pelbagai jenis industri pembuatan pada zaman Abbasiah, iaitu:
- Tenunan, hamparan dan permaidani : Baghdad di Iraq dan Syiraz serta Asfahan di Parsi.
- Pinggan mangkuk : Mesir dan Syam.
- Barangan kaca, tembikar dan mozek : Baghdad, Mesir dan Syam terutamanya di Soida dan
Sur.
- Barangan kulit dan senjata : Mesir, Andalus dan Maghribi.
- Perhiasan dan batu permata : Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan.
- Kertas : Iraq, Mesir, Maghribi dan Andalus.

Perdagangan

(a) Kemajuan dalam bidang pertanian dan pembuatan menyebabkan aktiviti perniagaan dan
perdagangan berkembang pesat hingga ke peringkat antarabangsa. Ia disebabkan oleh beberapa
faktor, iaitu:
- Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran perniagaan.
- Perkembangan industri perkapalan memudahkan pergerakan para pedagang.
- Sarjana-sarjana Islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam
perniagaan serta galakan terhadapnya.
- Kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah.
- Langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan Abbasiah untuk menggiatkan aktiviti
perdagangan, iaitu:

- Membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi di jalan-jalan utama.
- Membina rumah-rumah api untuk panduan kapal-kapal perdagangan.
- Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak daripada perompak dan lanun.
(b) Untuk memudahkan urusan kewangan ketika itu, para pedagang menggunakan cek kembara
yang dikenali sebagai al-saftajah.

Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiah

1 Berdasarkan polisis kewangan yang diwarisi dari zaman-zaman sebelumnya, kewangan kerajaan
Abbasiah dibahagikan kepada berikut:

(a) Zakat.
Iaitu kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang
mencukupi had minimum menurut syarat-syarat tertentu.
(b) Kharaj.
Iaitu cukai tanah milik orang bukan Islam. Cukai ini juga dikenakan ke atas tanah milik orang
Islam yang diperoleh melalui peperangan. Kadarnya ditentukan berdasarkan keadaan tanah.
(c) Ghanimah.
Iaitu harta rampasan perang. 4/5 atau 80% daripadanya diberikan kepada para pejuang Islam.
Bakinya dibahagikan menurut cara yang ditetapkan oleh al-Quran.
(d) Fai.
Iaitu harta yang diperoleh melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah.
(e) Jizyah.
Iaitu bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami negara Islam. Ia dengan
sendirinya gugur apabila pembayarnya memeluk Islam.
(f) Usyur.
Ia bermaksud satu persepuluh. Ia merupakan kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal
perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan-pelabuhan negara Islam untuk tujuan
perniagaan.

Peranan Baitulmal

1 Baitulmal ialah institusi kewangan terbesar negara dan diketuai oleh Sahib Baitulmal, iaitu, pengurus
perbendaharaan negara yang bertugas menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara yang
dilakukan oleh Diwan al-Kharaj (jabatan hasil) dan Diwan al-Nafaqah (jabatan kewangan).

2 Akaun baitulmal dikawal oleh Diwan al-Usul (jabatan dalam negeri) bersama Diwan al-Azimmah
(jabatan audit negara).

3 Baitulmal memainkan peranan penting dalam pengurusan kewangan negara, iaitu:

(a) Pengurus sumber-sumber pendapatan negara.
Ia mengurus dan menjana pendapatan negara menerusi Diwan al-Kharaj yang menguruskan
kutipan cukai.

(b) Mengawal belanjawan negara.
Ia mengawal perbelanjaan negara melalui Diwan al-Nafaqah yang menguruskan pendapatan dan
perbelanjaan untuk semua jabatan kerajaan dan gaji kakitangan kerajaan.


Kesan Pembangunan Ekonomi Terhadap Rakyat

1 Perkembangan ekonomi kerajaan Abbasiah menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi.
2 Pendapatan negara yang tinggi pada masa itu telah disalurkan untuk menyediakan prasarana seperti
tali air, jalan, masjid, sekolah dan sebagainya.
3 Kepesatan sektor-sektor ekonomi juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Pos Berkaitan: