SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAHAIR

BAB 30 – SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAHAIR



Biodata Syeikh Tahir Jalaluddin

1 Nama beliau ialah Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin. Lahir pada 7
November 1869 M di Ampek Angkek, Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia. Bapanya Syeikh Ahmad

ialah seorang ulama terkenal berketurunan melayu minangkabau. Apabila Syeikh Tahir Jalaluddin
kembali dari pengajian di Mekah pada tahun 1900 M, beliau terus menetap di Perak.

2Beliau pernah menyandang beberapa jawatan iaitu:
(a) Guru di Madrasah al-Masyhur Pulau Pinang.
(b) Guru di Madarasah Haji Taib Parit Jamil, Muar Johor.
(c) Guru di Masjidil Haram.
(d) Mufti negeri Perak.
(e) Mufti negeri Johor.
(f) Nazir sekolah-sekolah agama Johor.

3 Diberi gelaran syeikh ketika menjadi mufti di negeri Perak.

4 Beliau meninggal dunia pada 26 Oktober 1956 M di Perak.

Keperibadian Syeikh Tahir Jalaluddin

1 Antara keperibadianSyeikh Tahir Jalaluddin ialah:
(g) Menepati masa.
Beliau tidak pernah terlewat menghadiri kelasnya melainkan kerana keuzuran.
(h) Cinta kepada ilmu.
Beliau suka membaca dan telah menyediakan sebuah perpustakaan kecil di rumahnya.
(i) Tekun dan gigih.
Beliau tekun dan gigih menyebarkan idea islah di kalangan masyarakat. Penentangan daripada
kalangan ulama-ulama tradisional di tanahair tidak dapat melunturkan perjuangannya yang
murni.

Pendidikan Syeikh Tahir Jalaluddin

1Semasa berumur 12 tahun, Syeikh Tahir Jalaluddin belayar ke Mekah dan tinggal di sana dengan Syeikh
Ahmad al-Khatib iaitu saudara sepupunya yang merupakan pemimpin mazhab Syafie di Masjidil Haram.
Kesempatan itu digunakan untuk belajar ilmu agama.

2Pada tahun 1893 M, beliau menyambung pelajaran dalam jurusan ilmu falak di Universiti al-Azhar,

Mesir. Beliau tekun mempelajari ilmu falak hingga menguasainya. Apabila kembali semula ke Mekah al-
Mukarramah, beliau diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram.

Idea Islah Syeikh Tahir Jalaluddin

1Beliau tertarik dengan idea islah semasa bersahabat dengan murid asy-Syeikh Muhammad Abduh iaitu
Rasyid Reda di Universiti al-Azhar. Sekembalinya ke Malaysia, beliau berjuang bermati-matian untuk
memberi kesedaran tentang perlunya kebebasan berfikir yang terhindar dari kongkongan khurafat dan
syirik serta penjajahan luar.

2Mesej islah Syeikh Tahir Jalaluddin ialah:
(a) Mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang
bebas daripada adat lama yang sebahagiannya dipusakai dari agama hindu.
(b) Menjauhkan pengaruh negatif dari luar khususnya barat.
(c) Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
(d) Menolak amalan taklid buta.

Metode Syeikh Tahir Jalaluddin Dalam Menyampaikan Idea Islah

1Penerbitan akhbar.
- Beliau bersama dengan Sayyid Syeikh al-Hadi telah menerbitkan majalah al-Imam pada bulan
Jamadil Akhir 1324 H / Julai 1906 M di Singapura. Melaluinya, mesej islah disampaikan akibat
tekanan diterima dari penjajah Inggeris dan Belanda. Pada tahun 1908, penerbitan majalah
tersebut terpaksa diberhentikan. Namun, kesannya tetap mendalam kepada karyawan melayu

dan para pembaca di seluruh nusantara. Hasilnya, beberapa majalah lain muncul seperti al-
Munir di Indonesia pada tahun 1908 M, Neraca di Singapura pada tahun 1911 M dan Pengasuh

di Malaysia pada tahun 1918 M.

2Jawatan-jawatan yang disandang.
- Apabila Syeikh Tahir Jalaluddin dilantik menjadi mufti di Perak dan Johor, kesarjanaan beliau
semakin terserlah. Beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan baik untuk
menyampaikan idea islah kepada masyarakat.

3Proses pengajaran.
- Beliau menyebarkan idea islah semasa menjadi guru kepada murid-murid dan guru-guru tempat
beliau mengajar dan ia mendapat sokongan daripada mereka. Antaranya ialah Syeikh
Muhammad Jamil Jambek, Syeikh Abdullah Ahmad dan Syeikh Abdul Karim Amrullah, iaitu ayah
kepada HAMKA. Melalui asuhan mereka inilah lahir tokoh seperti HAMKA, Haji Agus Salim,
Profesor Dato Dr. Zulkifli Muhammad dan Syeikh al-hadi.

Kegigihan Syeikh Tahir Jalaluddin Dalam Memperjuangkan Idea Islah

1Beliau mendapat tentangan hebat daripada ulama tradisional khususnya di Malaysia kerana
kelantangannya memperjuangkan idea islah.

2Pihak penjajah yang merasakan kedudukan mereka terancam dengan kebangkitan orang melayu juga
turut memberikan kekangan kepada beliau.

3 Beliau akhirnya dipenjarakan pada 1927 M oleh pihak Belanda selama sembilan bulan atas tuduhan
menentangnya.


Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran

1Dalam bidang pemikiran.
- Menerusi majalah al-Imam, beliau menyalurkan idea islah serta maklumat-maklumat intelektual
Islam untuk membebaskan masyarakat melayu dari sebarang unsur penjajahan fizikal dan
pemikiran.

2Dalam bidang pendidikan.
- Pada tahun 1908 M, beliau menubuhkan Madrasah al-Iqbal al-Islamiah di Singapura.
Penubuhannya menjadi sumber inspirasi kepada penubuhan Madrasah al-Iqbal al-Islamiah di

Riau, Madrasah al-Adabiah di Sumatera Barat, Madrasah al-Hadi di Melaka dan Madrasah al-
Masyhur di Pulau Pinang.

3Dalam bidang ilmu falak.
- Beliau merupakan pengembang ilmu falak di Malaysia dan telah digelar al-falaki kerana
kemahirannya. Beliau optimis dengan keperluan ilmu falak sebagai ilmu yang bersifat futuristik
walaupun ia kurang mendapat perhatian ketika itu. Hanya ketika menjelang akhir tahun 60-an,
barulah ia mula mendapat perhatian khususnya daripada pihak kerajaan dengan penubuhan
jawatankuasa kecil takwim Islam Malaysia di bawah Pusat Islam Malaysia. Pusat-pusat pengajian
tinggi turut memberi perhatian kepada perkembangan ini seperti Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menawarkan kursus falak syarie pada tahun 1981 M.

4 Dalam bidang kesusasteraan.
- Syeikh Tahir Jalaluddin adalah penggiat sastera. Ini terserlah melalui penulisan-penulisannya
seperti dalam majalah al-Imam dan sebagainya.

https://ustazahrahimahz.blogspot.com/p/latihan.html


Pos Berkaitan: