AJARAN SESAT

    TAJUK : AJARAN SESAT


    Pengertian ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

    Ciri-ciri ajaran sesat (AS) 

    1.        Mencemarkan kesucian al-Quran dan Hadis seperti memansuh atau mengubah al-Quran dan hadis.          
    Contoh: Ajaran Bahai dakwa kitab mereka AL-BAYAN memansuh semua al-Quran 

    2.        Mengubah prinsip asas akidah Islam. 
    Contoh: ajaran Bahai mendakwa semua agama sama 

    3.        Mendewa-dewakan pemimpin seperti anggap pemimpin sebagai Nabi atau Tuhan. 
    Contoh: Ajaran Qadiani dakwa pemimpin mereka Nabi dan jelmaan Tuhan 

    4.        Menolak perkara QAT’EI dalam Islam. 
    Contoh: Ajaran Qadiani dan Bahai hapuskan jihad 

    5.        Mengubah ibadat. 
    Contoh: Ajaran Bahai puasa 19 hari dan solat hanya dengan niat 

    6.        Ubah konsep dosa dan pahala. 
    Contoh: Ajaran TARIKAT MUFARRIDIYYAH mendakwa dosa boleh ditebus oleh seseorang 

    7.        Mendakwa boleh melakukan perkara pelik. 
    Contoh: Boleh memanggil roh 

    8.        Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah. 
    Contoh seru nama orang yang telah mati oleh bomoh 

    9.        Menolak hadis seperti golongan anti hadis 


    Langkah menangani ajaran sesat 

    1.        Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam sebenar 

    2.        Menyebarkan ajaran Islam 

    3.        Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang 

    4.        Program pemulihan akidah 

    5.        Mengambil tindakan yang tegas 


    Cara menghindari diri dari ajaran sesat 

    1.          Belajar agama dari guru yang diiktiraf 
    2.          Menjauhi pengamal ajaran sesat 
    3.          Sentiasa membaca dan menghayati al-Quran


    Contoh ajaran sesat

    Qadiani
    Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889M.
    Dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatillah pada tahun 1949M.

    Ciri kesesatan ajaran Qadhiani
    1. Iktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai al-Mahdi, Nabi dan jelmaan Krishna (tuhan dalam agama Hindu).
    2. Beriktikad bahawa Allah menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab yang bernama al-Tazkirah.
    3. Beriktiqad bahawa Mirza Ghulam Ahmad mempunyai sejuta jenis mukjizat.
    4. Menghapuskan jihad.
    5. Mengubah ayat al-Quran seperti ayat 6, surah al-Saf, ayat 52 surah al-Hajj dan ayat 1 surat al-Qadr.
    6. Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah.
    7. Mengisytiharkan Qadhiani sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji.
    8. Mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinaga, India.
    9. Menghukum kafir selain penganut Qadhiani.


    BAHAI 

    Diasaskan oleh Husin Ali al-Mazandarani (meninggal 1892). 
    Dinamakan Bahai sempena gelaran pengasasnya BAHA ULLAH. 
    Lanjutan ajaran ALBABIYYAH oleh Muhammad as-Syirazi (meninggal 1850). 
    Muncul di IRAN pada 1847. 
    Dibawa ke Malaysia oleh YAN KEE LEONG pada 1953 

    Kepercayaan mereka yang sesat 

    1.        Pengasas Bahai adalah jelmaan Tuhan 

    2.        Semua agama sama dan digabungkan menjadi Bahai 

    3.        Alam ini kekal (baqa’) 

    4.        Nabi Isa mati disalib 

    5.        Mengagungkan KOD 19 

    6.        Menolak kepercayaan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka

    7.        Memansuhkan ajaran Islam 

    8.        Menganggap ACRE di Palestin sebagai kiblat baru

    Taslim
    Diasaskan oleh Hj. Muhammad bin Syafie pada tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran sesat yang paling tua di Malaysia.
    Mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiyyah Batiniyyah.

    Ciri kesesatan ajaran taslim
    1. Beriktiqad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad.
    2. Beriktiqad bahawa alam bersifat qadim.
    3. Mentafsirkan ayat-ayat al-Quran mengikut hawa nafsu.
    4. Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin.
    5. Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka.
    6. Solat secara niat tanpa rukun qauli dan fikli.
    7. Menganggap Hj. Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

    Contoh Soalan
    1. Siapakah pengasas ajaran Qadiani?
    2. Jelaskan tiga ciri kesesatan ajaran Qadiani.
    3. Ajaran Taslim merupakan ajaran yang paling tua di Malaysia.
    4. Terangkan dua iktikad kesesatan ajaran tersebut.

Pos Berkaitan: