Akidah ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab syiah dan Khawarij



    TAJUK : AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

    Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah
    Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara-perkara bid’ah.

    Prinsip-prinsip aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
    1. Berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah
    2. Berpegang dengan prinsip-prinsip al-Salafu al-Soleh
    3. Apabila terdapat pertelingkahan pandangan mereka merujuk kepada al-Quran
    4. Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
    5. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.

    Kepentingan berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
    1. Dapat membersihkan aqidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan.
    2. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan.
    3. Hidup diredhai Allah.

    Contoh Soalan
    1. Nyatakan tiga prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    2. Huraikan tiga sebab kita wajib berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.



    TAJUK : KHAWARIJ
    Pengertian khawarij
    Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.

    Pegangan khawarij
    1. Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir.
    2. Mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza iktiqad dengan mereka.
    3. Membataskan sumber syariat hanya kepada al-Quran sahaja.

    Contoh Soalan
    1. Siapakah golongan Khawarij.
    2. Jelaskan iktikad yang menjadi pegangan golongan Khawarij.


Pos Berkaitan: