BAB 28 ASSAYYID JAMALUDIN AL-AFGHANI PEJUANG ISLAM YANG GIGIH



RIWAYAT HIDUP
·         Nama sebenar beliau ialah Al Said Jamaluddin Bin Safdar Al Af Ghani
·         Dilahirkan pada tahun 1425 Hijrah / 1838 Masihi di perkampungan Asa’d, Kabul.
·         Digelar “Al Said” kerana salasilah keturunan beliau dengan Ali Karamallahu Wajhah dan Rasullullah s.a.w
·         Keturunan beliau juga bersambung dengan Imam At Tirmizi iaitu seorang ulama hadis yang terkenal
·         Al Said Jamaluddin Al Afghani  banyak untuk merantau untuk menyebarkan idea islah.
·         Pengaruhnya yang luas terhadap umat Islam menyebabkan beliau seringkali diburu oleh pihak Perancis dan Inggeris
·         Beliau dilantik  sebagai anggota Kementerian Pendidikan di Istanbul, Turki.
·         Beliau meninggal dunia pada 5 Syawal 1314 Hijrah  / 9 Mac 1987 ketika berusia 60 tahun.

KEPERIBADIAN
·         Berani memperjuangkan kebenaran
·         Al Said Jamaluddin Al Af Ghani sangat berani memperjuangkan kebenaran
·         Beliau petah berpidato untuk menaikkan semangat umat Islam supaya bersatu menentang penjajah sehingga diusir dari India, Turki, dan Mesir.
·         Suka merantau
·         Al Said Jamaluddin suka mengembara untuk mengkaji kedudukan umat Islam serta menyebarkan idea islah yang banyak mempengaruhi perkembangan Islam khususnya ditimur.
·         Tekun
·         Al Said Jamaluddin seorang yang tekun
·         Beliau menguasai pelbagai ilmu dan bahasa.

·         Semasa berumur 18 tahun, Al Said Jamaluddin dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan seperti Al-Quran, hadis, fekah dan berbagai-bagai lagi.
·         Beliau bermusafir ke India untuk mendalami matematik moden.
·         Al Said Jamaluddin menguasai beberapa bahasa dunia seperti bahasa Afghanistan, Parsi, Arab, Turki, Urdu, Perancis, Inggeris dan Rusia

SUMBANGAN

·         Beliau merantau kebeberapa negara untuk menyatukan umat Islam serta mengembalikan keyakinan mereka menentang penjajah
·         Melaui pidatonya, beliau menyuntik semangat umat Islam
·         Beliau menghasilkan beberapa karya yang berbentuk ilmiah
·         Beliau tidak menghasilkan kitab seperti kebiasaan ulama’ tetapi idea islah yang dibawanya memberi pungaruh yang besar dalam jiwa umat Islam hingga kehari ini.

IDEA PEMBAHARUAN ( ISLAH )
·         Maksud islah:
Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang kearah yang lebih baik

·         Bentuk islah yang dibawa oleh Al Said Jamaluddin Al Af Ghani
1.       Idea islah Al Said Jamaluddin Al Af Ghani merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman Khulafa’ Arrasyidin.
2.       Beliau membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya
3.       Berlandaskan Al-Quran dan Hadis, beliau mengkritik mengikut secara membuta tuli dan menyeru umat Islam supaya kembali kepada ajaran Islam yang tulin serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan semua tempat.

KESAN ISLAH
·         Gerakan islah ini dapat meningkatkan daya fikir umat Islam.
·         Mereka mengkaji semula fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkan menurut tafsiran Al-Quran dan Sunnah.
·         Gerakan islah ini telah berjaya mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada dalam diri mereka.
·         Timbul kesedaran dikalangan umat Islam untuk berjuang membebaskan tanah air dari penjajahan barat.

KEPERLUAN KEPADA ISLAH
·         Islah amat diperlukan di dalam kehidupan umat Islam untuk membangunkan diri dan melaksanakan Islam menurut ajarannya yang murni.
·         Ajaran islah dapat memberi keyakinan kepada umat Islam tentang kesesuaian Islam untuk dilaksanakan pada setiap masa dan sebarang situasi.



Pos Berkaitan: