BAB 15 UNIT 7 :ZIHAR AMALAN MASYARAKAT JAHILIYYAH

 



PENGERTIAN ZIHAR
·        Bahasa   :  berasal dari perkataan azzohru( belakang )

·        Istilah   : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya atau mana-mana perempuan mahram baginya

HUKUM ZIHAR
Perbuatan zihar haram dan berdosa besar

RUKUN ZIHAR
1.      SUAMI
2.      ISTERI
3.      ORANG YANG DISERUPAKAN
4.      SIGHAH

SYARAT-SYARAT SUAMI

1.      Baligh
– Tidak sah zihar kanak-kanak

2.      Berakal
– Tidak sah zihar orang gila

3.      Sah talak
– Tidak sah isteri yang dalam eddah talak bain.

4.      Kemahuan sendiri
 – Tidak sah sekiranya dipaksa.

SYARAT-SYARAT ISTERI
Isteri yang sah.
Zihar yang disandarkan oleh isteri atau mana-mana anggota badan

SYARAT-SYARAT ORANG YANG DISERUPAKAN DALAM ZIHAR
Perempuan
-Tidak sah pada lelaki atau khunsa
-Perempuan mahram dengan sebab nasab, penyusuan, persemendaan.

SYARAT-SYARAT SIGHAH
·        Jika lafaz yang digunakan khusus dan jelas.
Tidak memerlukan kepada niat.
·        Contoh :
‘Engkau bagiku seperti belakang ibuku’
·        Sebagai kiasan kepada perhubungan kelamin.

·        Jika lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak khusus.
Memerlukan kepada niat.
·        Contoh :
‘Engkau bagiku seperti kepala, telinga ibuku’

LANGKAH ELAK ZIHAR
1. Tidak ikut sifat Arab Jahiliyah bila marah.
2. Memahami konsep zihar.
3. Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak ziharkan isteri

KIFARAH ZIHAR
·        Apabila suami ziharkan isteri, maka hubungan mereka menjadi haram sehingga suami membayah kifarah zihar.

1.     Merdekakan seorang hamba jika tidak mampu)
2.     Suami puasa 2 bulan berturut-turut (jika tidak mampu)
3.     Beri 60 fakir miskin makan (makanan yang mengenyangkan.)

AKIBAT ZIHAR
·        Suami dimurkai Allah kerana haramkan yang halal
·        Suami isteri haram bersetubuh
·        Zihar jatuhkan maruah isteri
·        Suami wajib bayar kifarah

Pos Berkaitan: