PELAJARAN 19 : ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH

 



MAKSUD ISTIQAMAH 

Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya.


DALIL NAQLI SIFAT ISTIQAMAH 




SPEKTRUM ILMU 

Aisyah radhiallahuanha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda 

yang bermaksud : 

 Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah SWT? 

Lalu Rasulullah SAW berkata : Amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit. 

(Muttafaqun alaih)


Maksud فاستقم ialah keteguhan memelihara iman dalam melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.


AMALAN 

Doa supaya sentiasa mengingati Allah dan mensyukuri nikmatnya : 



Maksud : Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan memperelok ibadat kepadaMu.


CARA MEMILIKI SIFAT ISTIQAMAH 

1. Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah. 

2. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan laranganNya secara berterusan. 

3. Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan. 

4. Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan. 

5. Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan. 

6. Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan. 


SPEKTRUM ILMU 

Anas bin Malik radhiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :


Maksud : Tidak istiqamah (tetap) iman seseorang hamba sehinggalah istiqamah hatinya dan tidak istiqamah hati seseorang hamba sehinggalah istiqamah lidahnya. 

CONTOH SIFAT ISTIQAMAH YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH SAW

CONTOH 1 : ISTIQAMAH DALAM IBADAH

Rasulullah SAW istiqamah beribadat kepada Allah SWT. Baginda tidak jemu memohon keampunan daripada Allah SWT walaupun Baginda seorang yang maksum. Abu Hurairah radhiallahuanhu mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT lebih dari 70 kali setiap hari. 

 (Riwayat al-Bukhari) 


SPEKTRUM ILMU 

Al-Imam al-Ghazali rahimahullah berkata : 

Antara tanda kecintaan seorang hamba kepada ALLAH SWT termasuklah apabila dia mengutamakan perkara yang disukai oleh Allah SWT melebihi keinginan nafsu dan kepentingan diri sama ada secara zahir atau batin. 

(Ihya’ Ulumuddin) 


CONTOH 2 : ISTIQAMAH DALAM BERDAKWAH 

Rasulullah SAW tetap berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun menghadapi pelbagai kesusahan dan ancaman. Sifat istiqamah Rasulullah SAW dalam berdakwah terserlah melalui ketegasan baginda yang tidak akan meninggalkan usaha dakwah walaupun digantikan dengan kesenangan dunia. 

(Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin) 


SPEKTRUM ILMU 

Antara wasiat al-Imam al-Syafie rahimahullah : 

Benteng iman itu terdapat dalam 5 perkara iaitu keyakinan, keikhlasan, melazimi ibadat sunat, istiqamah dalam beramal dan berdisiplin dalam beribadat. 

(Ihya’ Ulumuddin)


HIKMAH MENGAMALKAN SIFAT ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN 

1. Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan secara berterusan. 

2. Membentuk insan yang teguh pendirian dalam mempertahankan kebenaran. 

3. Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya. 

4. Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan Islam. 

5. Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara. 

6. Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama.

Pos Berkaitan: