Assalamualaikum Anak-anak pelajar sekalian PDPR VERSI 3.0

 Assalamualaikum anak-anak semua? Apa khabar? Ustazah doakan semoga semuanya dalam situasi sihat walafiat hendaknya.

Oh ya tidak lupa juga Ustazah nak ucapkan selamat hari raya minal aidil wal faizin :) , masih mood raya juga lagi walaupun kita ber PKP . ALhamdulillah kita dalam 5 syawal hari ini. Tidak lupa juga didoakan untuk Saudara jauh di mata kita tapi dekat di hati ...ya itulah Saudara Palestin kita yang dizalimi sejak dari 27 ramadhan sampai lah ke 5 syawal ini, semoga mereka di bawah lindungan Allah SWT Yang Maha Mengasihani hambanya-Nya...

Ustazah mahu info sedikit berkaitan dengan beberapa perubahan dan pengubahsuaian nota mengikut sukatan KSSM yang terbaru, akan Ustazah buat di sepanjang tempoh PDPR versi 3.0 ini. Ini kerana banyak nota-nota lama yang masih Ustazah tidak sempat kemaskini. Nota yang ada ni kebanyakannya masih mengikut sukatan KBSM. Jadi untuk itu Ustazah nak maklumkan dalam minggu ini insyaAllah Ustazah usahakan mengemaskini nota-nota KSSM untuk kegunaan pelajar-pelajar sekalian insyaAllah. Semoga dapat diselesaikan cepat dan anak-anak semua ada kemudahan untuk merujuk nota yang Ustazah sediakan di Blog ini. Terima kasih :) 




Pos Berkaitan: