BAB 20 : PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH



SEJARAH TAMADUN ISLAM

·         Tamadun Islam bermula sejak terbinanya negara Islam yang pertama semasa zaman Rasulullah S.A.W. di Madinah.
·         Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., ia diteruskan oleh para Khulafa Ar-Rasyidin, Bani Umaiyah, dan Abbasiyah
·         Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tamadun Islam mencapai zaman keemasannya.
·         Umat Islam ketika itu mencapai kejayaan dalam aspek penyebaran Islam, pendidikan, sains, dan teknologi, ekonomi, serta ketenteraan.

LATARBELAKANG

·         Perkataan Abbasiyah diambil sempena nama Al-Abbas iaitu bapa saudara Rasulullah S.A.W..
·         Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh Abu Abbas as-Saffah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hashim yang menganggap tampuk pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh mereka.
·         **Kerajaan Abbasiyyah memerintah lebih daripada 5 kurun (bermula tahun 132 Hijrah/750Masihi - 650 Hijrah/1258 Masihi)




STRUKTUR PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASIYAH

-Kerajaan Abbasiyyah mewarisi sistem khilafah secara pewarisan (Wilayatul Ahdi) sama seperti Kerajaan Umayyah
-Kerajaan Abbasiyyah dipimpin oleh 37 orang khalifah di sepanjang pemerintahannya.
-Sistem pentadbirannya banyak diadaptasi drpd sistem pentadbiran kerajaan Parsi
-Ini berlaku kerana ramai orang Parsi memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam Kerajaan Abbasiyyah.
-Sebagai contoh penggunaan istilah wazir yang merujuk kepada jawatan perdana menteri sebenarnya berasal dari Parsi.

-Berikut ialah sistem pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah:-

AL-KHALIFAH
Ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam.

AL-WAZIR
Perdana menteri yang bertindak sebagai ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan.

AD-DAWAWIN
Jabatan-jabatan kerajaan di bawah pengawasan dan seliaan Al-Kuttab (sekretari) seperti jabatan polis, jabatan audit, jabatan pertahanan dan jabatan perhubungan


KHALIFAH KERAJAAN ABBASIYYAH YANG TERKENAL


1. ABU ABBAS AS-SAFFAH
·         Khalifah pertama kerajaan Abbasiyah
·         Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan bermula 132H (750M) hingga 136H (754M).
·         Sumbangan tokoh terhadap tamandun Islam:
-         Mengasaskan kerajaan Abbasiyah.
-         Menghapuskan pemberontak.

2. ABU JAFFAR AL-MANSUR

·         Merupakan saudara kandung As-Saffah
·         Menjadi khalifah selama 22 tahun bermula 136H (754M) hingga 158H (775M).
·         Sumbangan tokoh terhadap tamadun Islam:
-Menjadikan Bahghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya.
-Memperbaiki sistem cukai .
- Membuat saliran-saliran.
-Menyediakan pasar-pasar di tempat-tempat yang strategi.


3. KHALIFAH HARUN AR-RASYID

·         Khalifah yang paling warak dan terkenal.
·         Memerintah selama 23 tahun 1 setengah bulan bermula 170H (786M) hingga 192H (809M).
·         Sumbangan tokoh:
- Memerintahkan Qadhi Abu Yusof menulis kitab tentang percukaian hingga terhasilnya kitab Al-Kharaj
-Mewujudkan jawatan Qadhi Al-Qudhoh (ketua hakim)

-Menubuhkan ”Baitul Hikmah” yang menjadi pusat perkembangan ilmu pada zaman itu.
-Membina kemudahan asas seperti rumah sakit, farmasi dan pusat pengajian.
-Menjadikan Baghdad seperti pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan terkemuka.


4. KHALIFAH AL-MAKMUN

·         Nama sebenarnya ialah Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmun.
·         Merupakan putera kepada Harun Al-Rasyid
·         Menjadi Khalifah selama 20 tahun bermula tahun 198H (813M) hingga 218H (833M)
·         Sumbangan tokoh:
·         menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
·         menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.

FAKTOR PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN ABBASIYYAH

Terbahagi kepada 2 faktor:-

1. Faktor Dalaman
-Kebanyakan drpd penduduk setempat yang tertarik kpd Islam serta akhlak umatnya.
-Galakan Khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitul Mal untuk para ulama dan pendakwah menjalankan aktiviti dakwah.
-Dasar Kerajaan Abbasiyyah yg menyamakan kedudukan bangsa arab dan bukan arab
-Kedudukan Baghdad yg menjadi tumpuan dlm bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa.

2. Faktor Luaran
-Pembukaan wilayah baru
-Penggunaan bahasa arab secara meluas yang mendorong kpd pemahaman al-Quran hadis
-Hubungan diplomatik antara Kerajaan Abbasiyyah dengan negara luar
-Usaha para pedagang Islam  berdakwah menerusi aktiviti perdagangan mereka




KESAN POSITIF PENYEBARAN ISLAM

Kesan kepada akidah :
Ø  Penyebaran Islam berjaya mengubah kepercayaan kebanyakan masyarakat dari kepercayaan menyembah berhala (seperti Majusi(menyembah api), Sobieah (Menyembah Sapi) kepada kepercayaan mengesakan Allah SWT.
Ø  Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia.
Ø  Masjid di bina di merata tempat. Ia menjadi pusat dakwah terbuka untuk semua orang. (seperti Masjid Jami' Al-Mansur dan Masjid Al-Basrah)

Kesan Kepada Ilmu Pengetahuan:

Ø  Penyebaran Islam telah membuka peluang kepada perkembangan pemikiran manusia.
Ø  Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah serta menjadikannya sebagai jihad.
Ø  Kerajaan Abbasiyah menyediakan insfratruktur pendidikan seperti masjid dan sekolah.
-Antara ilmu yg terdapat pd masa itu ialah, ilmu AL-Quran, Hadis, Nahu, Geografi, Matematik, Falak(Astronomi), perubatan, fizik dan falsafah.
-Penguasaan ilmu ini menjadikan umat Islam masa itu amat pakar dalam pelbagai bidang sehingga mereka disegani dan dipandang tinggi oleh umat-umat lain

Kesan Kepada Kebudayaan:

Ø  Umat Islam yang berasal dari pelbagai latar belakang budaya bebas mengamalkan budaya masing-masing, bahkan ada antara budaya-budaya yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tersebut mempengaruhi umat Islam seperti seni bina masjid dan bangunan.

Kesan Kepada Kemasyarakatan:

Ø  Penyebaran Islam ketika itu telah dapat menghapuskan perhambaan.
Ø  Islam membawa bersama konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa.
Ø  Khalifah al-Mahdi menubuhkan Mahkamah Tinggi Rayuan (Dewan al-Mazalim).
Ø  Kerajaan Abbasiyah menyediakan peluang kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan utama negara.


SEMANGAT JIHAD UMAT ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

·         Keagungan Kerajaan Abbasiyah menjadi bahan kajian para sejarawan hingga hari ini.
·         Ia menjadi kebanggaan umat Islam sepanjang zaman.
·         Keagungan tersebut tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh daripada umat Islam.
·         Mereka meluaskan konsep jihad tidak kepada semata-mata mengangkat senjata di medan perang, bahkan mereka juga berjuang untuk memajukan diri dan negara dengan menerokai pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti ilmu syariah, bahasa, sains, kejuruteraan dan perubatan. (iaitu meliputi penguasaan ilmu fardu ain dan fardu kifayah).
·         Penguasaan pelbagai ilmu oleh umat Islam telah mengangkat martabat mereka sebagai umat yang paling maju ketika itu.



Pos Berkaitan: